|

Meraikan Anak-Anak Penghuni KAYFAZ dan RAYSAS Sempena Hari Asyura 1448H

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah
 
Semalam meraikan anak-anak penghuni Kompleks Anak Yatim/Miskin Fatimah Al Zaharah MAIM (KAYFAZ) dan Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS) serta menyantuni mereka sempena Hari Asyura 1448H. Dengan penuh keberkatan dapat bersama mereka, melihat mereka tersenyum dan ceria cukup bersyukur dengan nikmat iman dan kesihatan yang Allah SWT berikan kepada kita.
 
Majlis ini disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YBrs. Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Pengerusi Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS), YBhg. Datuk Wira Haji Yaakub bin Md Amin. Turut hadir Timbalan Pengerusi RAYSAS, YBhg. Datuk Hajah Noradibah binti Abdullah dan Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Jawatankuasa RAYSAS, YB Senator Datuk Dr. Haji Mustafa bin Musa.  Sama-sama kita perbanyakkan doa, sedekah dan amalan sunat di sepanjang bulan penuh mulia ini iaitu Bulan Muharram
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan." -Surah Al-Baqarah ayat 220
كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. - Hadis Riwayat Muslim (2983).
 
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 09 July 2026, 01:53:20.

Total Visitors

004110202

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat