|

Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Mesra Ibadah Sempena Program Hospital Kluster Melaka

HOS KLUS1

HOS KLUS3

HOS KLUS4

 

Assalammualaikum dan Salam Muhibbah.

Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Mesra Ibadah sempena Program Hospital Kluster Melaka dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). 16 Mac 2026 (Isnin), 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3, Pusat Islam, Melaka.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Setiausaha MAIM, YBrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka (Perubatan), YBrs. Dr. Azhar bin Mohd Sali.

Turut hadir Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis dan Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohammed Yusoff.

Penerima kit mesra ibadah :-

1- Hospital Melaka: 40 kit ; Diterima oleh Timbalan Pengarah Hospital Melaka, YBrs. Dr. Sairatul Mawarnita binti Ishak.

2- Hospital Alor Gajah: 30 kit ; Diterima oleh Pegawai Kualiti Hospital Alor Gajah, Dr. Mohd Zulfadhli bin Mohd Hanis.

3- Hospital Jasin: 30 kit ; Diterima oleh Pengarah Hospital Jasin, YBrs. Dr. Rabiatun binti Yasin.

Antara kit mesra ibadah yang disediakan antaranya sejadah, tasbih digital, debu tayamum, sanitizer, bekas spray wuduk dan QR panduan solat JAKIM.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu?, Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” -Surah al-Qadr ayat 1-3

FB:  Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Mesra Ibadah Sempena Program Hospital Kluster Melaka

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 31 March 2026, 07:45:49.

Total Visitors

004047429

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat