|

Majlis Pelancaran Bantuan Persediaan Ramadhan Syawal Muallaf Negeri Melaka

BRPSBI20261

BRPSBI20262

BRPSBI20263

BRPSBI20265

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah hari ini dapat bersama 200 saudara baharu muslim @ muallaf kita pada Majlis Pelancaran Bantuan Persediaan Ramadhan Syawal Muallaf Negeri Melaka yang telah diadakan di Kompleks Darul Huda MAIM.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Datuk Rosli bin Abdullah, turut hadir meraikan mereka Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.

Bantuan Ramadan tahun ini mereka menerima bantuan berjumlah RM 450 setiap seorang manakala bantuan berjumlah RM 200 untuk setiap kanak-kanak saudara baharu muslim. Mereka turut menerima bantuan Syawal berjumlah RM 100 dan kit raya yang berisi kuih dan biskut raya.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak membantu mereka menempuh Bulan Ramadan Dan Syawal akan datang dengan penuh rasa rendah diri dan diberkati Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.” - Surah Ibrahim ayat 5.

FB:  Majlis Pelancaran Bantuan Persediaan Ramadhan Syawal Muallaf Negeri Melaka

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 31 March 2026, 07:45:49.

Total Visitors

004047474

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat