|

Majlis Ihya Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) Di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

ITHRAM PUSPEN 1

ITHRAM PUSPEN 2

ITHRAM PUSPEN 3

ITHRAM PUSPEN 4

Assalamualaikum dan Salam Ramadan

Alhamdulillah hari ini dapat bersama insan-insan istimewa di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua pada Majlis Ihya Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) anjuran MAIM dan PUSPEN Tiang Dua.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman. Beliau turut merasmikan Program Ternakan Arnab yang juga merupakan projek kerjasama antara MAIM dan PUSPEN Tiang Dua melalui dana zakat Riqab.

Projek arnab ini juga merupakan antara projek perintis bagi menghasilkan daging arnab yang berkualiti untuk jualan tempatan melalui penjagaan serta pemeliharaan rapi bersama penghuni PUSPEN ini. Turut diadakan Majlis Apresiasi Prima- KAQSA siri 2 dengan meraikan kejayaan penghuni PUSPEN ini menamatkan pembelajaran mereka dalam bidang hafazan al-Quran dengan kerjasama Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) secara percuma. Melahirkan individu yang cakna al-Quran dan mampu berjaya dalam bidang kemahiran dan agama.

Turut hadir Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Tiang Dua, Ybhg. Datuk Haji Azmi bin Haji Hussain, Pengarah PUSPEN Tiang Dua, Puan Maizura binti Zakaria dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis bersama Pengetua KAQSA, Ustaz Abdullah Shahir Arifin bin Ahmad Fadzil.

Bersama kita doakan kejayaan dan kesejahteraan penghuni PUSPEN ini apabila mereka telah keluar nanti menjadi insan berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara tercinta.

FB:  IHTIRAM Di PUSPEN

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 31 March 2026, 07:45:49.

Total Visitors

004047427

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat