|

BSAT Bersama Timbalan Pengerusi MAIM Menyantuni Asnaf Menyumbang Sebuah Mesin Oksigen Berkapasiti 5 Liter

 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Alhamdulillah bulan baik bulan Zulhijjah ini dapat menyantuni asnaf, pakcik Md Said bin Ismail yang kini dalam keadaan uzur dan sukar untuk bernafas secara normal kerana menghidap penyakit paru-paru yang kronik. Sebuah mesin oksigen berkapasiti 5 liter disumbang oleh Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) yang telah disampaikan oleh EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Haji Rahmad bin Mariman.
 
Hanya ucapan jutaan terima kasih mampu diucapkan pakcik Md Said apabila menerima sumbangan ini. Ianya akan banyak membantu memudahkan urusan dan mengurang beban keluarga. Terima kasih kepada pembayar zakat negeri Melaka, kami pihak MAIM hanya menyampaikan amanah yang diberi.
 
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan bantuan alat bantu pulih kepada masyarakat Islam di negeri Melaka, boleh hubungi BSAT MAIM di talian 06-2868109 atau boleh datang ke pajabat BSAT bersebelahan Masjid Al Ehsan Bukit Baru.
 
"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah ia dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan lain"
 
FB BSAT Bersama Timbalan Pengerusi MAIM Menyantuni Asnaf Menyumbang Sebuah Mesin Oksigen Berkapasiti 5 Liter
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 09 July 2026, 01:53:20.

Total Visitors

004110202

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat