|

Unit Kebajikan Balai Islam MAIM bersama Bahagian Zakat MAIM diketuai Penolong Setiausaha, Ybrs Ustaz Mohd Rizalman bin Syed menyantuni asnaf saudara muslim kita dalam daerah Melaka Tengah.

Unit Kebajikan Balai Islam MAIM 4 20 jun
 
 Unit Kebajikan Balai Islam MAIM 3 20 jun
 
Unit Kebajikan Balai Islam MAIM 20 jun
 
 Unit Kebajikan Balai Islam MAIM 5 20 jun
 
Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
Alhamdulillah hari ini Unit Kebajikan Balai Islam MAIM bersama Bahagian Zakat MAIM diketuai Penolong Setiausaha, Ybrs Ustaz Mohd Rizalman bin Syed menyantuni asnaf saudara muslim kita dalam daerah Melaka Tengah.
Tersenyum ceria wajah mereka bila kami jengah dan bertanya khabar...kali ini ziarah kami disertai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) yang turut sama menyampaikan sumbangan wang tunai untuk kegunaan harian asnaf dan keluarga mereka.
Asnaf kita juga berbesar hati dan bersyukur bila kami datang ziarah ni...dapat jugak kami selami hati mereka dan bahasa mudahnya nampak depan mata sendiri apa keperluan bantuan yang mereka perlukan lagi...
Insha Allah program ziarah ini akan diteruskan setiap masa dan sama-sama bantu kami menjadi mata dan telinga berkongsi infomasi mereka yang memerlukan...
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” Surah Al-Taubah ayat - 60.
 
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Monday 06 May 2024, 01:48:01.

Total Visitors

003734361

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.