|

Sumbangan Cek daripada Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) bagi Asnaf

 aww1 
aww2 
aww3 
aww4 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Hari ini 4 orang asnaf kita telah menerima sumbangan cek daripada Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) bagi pembelian alat bantu pulih, sumbangan disampaikan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Joriza binti Jauhari.
 
Antara penerima alat bantu pulih bagi membantu mereka yang menghidap pelbagai penyakit:
 
Penerima pertama - Puan Fasihah binti Zamran berusia 30 tahun yang kini terlantar dan tidak mampu mengurus diri. Bantuan berbentuk lampin pakai buang, susu kesihatan glucerna dan alat sedut kahak (tracheotomy) bernilai RM 2,755.00
 
Penerima kedua - Adik Ainul Mardhiah binti hisham, 9 tahun yang mengalami masalah pendengaran dan menerima sumbangan alat pendengaran bernilai RM 4,700.00
 
Penerima ketiga - Puan Rosnah binti Mohd Amin, 48 tahun yang kini mengalami masalah lutut yang bengkok ke belakang dan turut menerima alat bantuan lurus lutut (knee brace) bernilai RM 2,900.00
 
Penerima keempat - Puan Khalimah binti Rahmat mengalami masalah pembuangan hadas kecil juga menerima sumbangan stoma bag bernilai RM 473.00
 
Doakan kesihatan mereka sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan bantuan yang diberi mampu membantu meringan kemudaratan yang mereka alami.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." - Surah al-Isra', ayat 7.
 
 
 
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 23 July 2024, 06:48:47.

Total Visitors

003766412

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.