|

Skuad Al-Taqwa, Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) Menyantuni Asnaf

BSAT

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Di hari Jumaat mulia ini Skuad Al-Taqwa, Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) menyantuni asnaf dan menyampaikan sumbangan alat bantu pulih.
 
Encik Muhammad Shahril Larry bin Abdullah menerima bantuan katil boleh laras, lampin pakai buang (pampers), tilam angin dan sebuah kerusi roda bagi kegunaan harian. Ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan patah tulang belakang dan hanya mampu berkerusi roda untuk bergerak. Juga menerima sumbangan lampin pakai buang (pampers), Pakcik Md Isa bin Embi yang tinggal seorang diri dan hanya mampu diurus oleh keluarga terdekat. Adik Nurul Adira Amira binti Abdullah berusia 12 tahun juga menerima susu kesihatan dan tiub suapan (feeding tube) bagi membantu adik Amira makan dan minum susu kesihatan yang disediakan. Sama-sama kita doakan kesihatan mereka dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dengan bantuan sekecil ini.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Zakat tidak dihalalkan bagi orang kaya kecuali lima golongan ini, iaitu: (1) amil; (2) orang yang memberi zakat dengan hartanya sendiri (mualaf); (3) orang yang ikut berperang di jalan Allah SWT; (4) orang yang berhutang dan (5) orang miskin yang menerima zakat daripada seorang kaya (dan) kemudian dia menghadiahkannya kembali kepada orang kaya itu.”
Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah & Imam Ahmad.
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 23 April 2024, 01:40:45.

Total Visitors

003727373

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.