|

Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah Santuni Asnaf Puan Zarina Binti Jaapar yang Menghidap Kanser Tahap 2

 SA2

SA1

SA3

  

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
 
Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah santuni asnaf Puan Zarina binti Jaapar di Kampung Lubuk Redan Masjid Tanah. Kami turun bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud.
 
Sebagai makluman, puan Zarina kini disahkan menghidap kanser tahap 2 dan masih lagi menjalani rawatan di Hospital Melaka dan tidak mampu mengurus diri dengan baik apatah lagi untuk bekerja. Kami zahirkan rasa simpati dan membantu puan Zarina dengan bantuan yang sewajarnya dan juga sumbangan wang tunai segera di sampaikan bagi meringankan beban puan Zarina menjalani rawatan. 
 
Insha Allah kami juga akan meneliti bantuan lain yang perlu lebih-lebih lagi dalam keadaan asnaf yang memerlukan sokongan dan bantuan menjalani rawatan kanser. Kami doakan puan Zarina sabar dan tabah dengan ujian ini dan segera sembuh seperti sedia kala.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Monday 06 May 2024, 01:48:01.

Total Visitors

003733744

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.