|

Seksyen MAL MAIM, Menyedia dan Menyampaikan Kerusi Batu kepada 4 Buah Sekolah Menengah di Sekitar Daerah Melaka Tengah

chair1

chair2

chair4

chair3

 

 

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah
 
Sekali lagi kali Seksyen MAL MAIM, menyedia dan menyampaikan kerusi batu kepada 4 buah sekolah menengah di sekitar daerah Melaka Tengah. Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim bersama Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam, Ustaz Nasir bin Wahab dan Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan MAL, Puan Rohaizah binti Abas sama turut meluang masa hadir di setiap sekolah.
 
Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh - 3 unit kerusi, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru - 3 unit kerusi, Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu - 3 unit kerusi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas - 3 unit kerusi.
 
Sumbangan kerusi ini, merupakan hasil dana kutipan derma Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM) yang di urus sepenuhnya oleh MAIM. Sumbangan ini juga memberi ruang dan peluang kepada masyarakat Islam di negeri ini untuk menikmati manfaat sumbangan.
 
Rasulullah SAW bersabda : “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." - hadis Riwayat Muslim, al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Abu Daud.

 

 

FB : Seksyen MAL MAIM, Menyedia dan Menyampaikan Kerusi Batu Kepada 4 Buah Sekolah Menengah di Sekitar Daerah Melaka Tengah

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Monday 06 May 2024, 01:48:01.

Total Visitors

003734499

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.