SAZ MAIM Cawangan Masjid Tanah Ziarah Keluarga Asnaf Miskin dan Mualaf

 zirah2

zirah5

zirah3

zirah1

 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Hari ini Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah turun padang ziarah mingguan ke 10 buah keluarga asnaf miskin dan mualaf di DUN Ayer Limau. Bersama kami hari ini Ahli Lembaga Pengarah MAIM merangkap Pegawai Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed. Disamping itu, Skuad Kebajikan Mualaf Balai Islam MAIM juga turut hadir ke program ini.
 
Bertanya khabar, melihat sendiri keadaan asnaf kita, meninjau keadaan rumah dan prihatin kesihatan asnaf. Disertakan sumbangan kit makanan dan wang tunai, insyaallah akan ada beberapa tambahan bantuan lain yang bersesuaian akan diberikan pada kebajikan asnaf.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. - surah al-Mujadalah ayat 11.
 
 
 
 
 
 
 
Pin It
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat