|

Saudara Muslim Majlis Agama Islam Melaka Terima Sijil Asas Pengajian Islam Muallaf di Universiti Melaka (UNIMEL)

KONVO1

KONVO2

KONVO

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada saudara muslim kita telah yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan Sijil Asas Pengajian Islam Muallaf di Universiti Melaka (UNIMEL) yang dulu dikenali Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
 
Seramai 16 orang saudara muslim kita yang juga asnaf muallaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) hadir menerima sijil tauliah tamat pengajian yang disampaikan oleh ADUN Kuala Linggi, YB Tuan Rosli bin Abdullah. Mereka diraikan bersama pada Majlis Konvokesyen Sijil Asas Pengajian Islam anjuran bersama UNIMEL dan MAIM. Hadir sama Timbalan Naib Cancelor UNIMEL, Ts Dr Yuseni bin Ab Wahab dan Setiausaha MAIM, Ybhg Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim. Umur bukan penghalang mereka melanjutkan pengajian khususnya mendalami ilmu Islam pemantapan aqidah, fekah, pengajian al-Quran & hadis dan syariah. Bukan sijil yang dikejarkan, pengisian ilmu Islam itu sendiri menjadi titik tolak peri pentingnya untuk manfaat diri dan keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Tahniah sekali lagi kami ucapkan. MAIM akan terus memberi dokongan dan sokongan kepada semua asnaf kita yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih baik.
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. Riwayat Muslim (4867)
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Friday 26 July 2024, 07:12:51.

Total Visitors

003767867

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.