|

Santuni Orang Asnaf dan Sumbangan Pakaian Terpakai kepada Beberapa Buah Perkampungan Orang Asli dan Pusat Jagaan Orang Tua

BJU ASLI1 
BJU ASLI2 
BJU ASLI4 
BJU ASLI5 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Perkongsian kasih asnaf di DUN Ayer Molek bersama Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) dan Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Rahmad bin Mariman. Hari ini kita santuni 3 orang asnaf bagi menyampaikan sumbangan mesin oksigen dan kit makanan bersama-sama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Mohd Rizalman bin Syed turut sama meluangkan masa bertanya khabar.
 
Pada hari yang sama, pasukan Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) menyampaikan sumbangan pakaian terpakai dan peralatan pinggan mangkuk kepada beberapa buah perkampungan orang asli di daerah Alor Gajah dan  2 buah pusat jagaan orang tua. Pakaian yang disumbangkan sesuai akan kegunaan harian mereka, pakaian tu merupakan sumbangan orang ramai kepada Suqq Majjani MAIM. 
 
Kampung yang kami ziarah tadi :
- Kg Bukit Sebang
- Kg Hutan Percha
- Kg Tebong Station
- Kg Kubang Badak
- Kg Air Dusun
- Kg Bukit Besar
- Kg Machap
 
Pusat Jagaan Orang Tua :
- Pusat Jagaan Warga Emas Al Jannah
- Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan
 
Orang ramai dan masyarakat Islam yang ingin menyumbang pakaian terpakai yang masih baik boleh terus ke pejabat Suqq Majjani kami bersebelahan Pusat Zakat Melaka dan kami amat mengalu-alukan sumbangan anda.
 
Sabda Rasulullah SAW maksudnya:  “Tidaklah orang yang muda itu apabila dia memuliakan orang yang tua disebabkan usianya, melainkan Allah akan menetapkan pada usia tuanya nanti akan ada orang yang memuliakannya.” - Riwayat al-Tirmizi
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :  “ Ziarahlah dengan berganti hari, nescaya ia akan menambah kasih sayang.” - Hadis riwayat Al-Bazar dan Baihaki.
 
 

 

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Monday 06 May 2024, 01:48:01.

Total Visitors

003733583

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.