|

Santuni Asnaf di Sekitar DUN Gadek

 
 
DUN GA1 
DUN GA2 
DUN GA3 
DUN GA4 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Alhamdulillah, minggu ini kami santuni asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan di sekitar DUN Gadek. Bersama kami Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Masjid Tanah. Hadir sama Ketua Seksyen Agihan Zakat, Puan Arina Saffuraa binti Alim dan Pegawai Zakat Cawangan Masjid Tanah, Puan Nadirah binti Ismail.
 
9buah keluarga kami kunjungi, untuk menyampaikan sumbangan wang tunai, bertanya khabar, bual-bual mesra, bertanya akan kesihatan mereka juga menjadi keutamaan kami. Serta, memastikan keperluan bantuan mereka mencukupi, terutama sekali bagi asnaf yang terlantar, mahupun yang tidak tak mampu menguruskan diri sendiri. In syaa Allah kita bantu sebaik-baiknya, dengan bantuan perubatan dan alat bantu pulih juga kita sediakan untuk mereka. Minggu depan insha Allah kami turun padang lagi di DUN seterusnya.
 
Firman Allah SWT:
"Dialah (Allah) yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang bertaubat)." - Surah al-Mulk, ayat 2.
 
 
 
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 23 April 2024, 01:40:45.

Total Visitors

003728738

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.