|

Program Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR) Peringkat Zon Selatan di DUN Ayer Molek

 sikal1 
sikal2 
sikal3 
sikal4 
sikal5 
sikal6 
sikal7 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Alhamdulillah hari ini dapat bersama dalam Program Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR) Peringkat Zon Selatan di DUN Ayer Molek. Bersama hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB. Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, YB Datuk Rahmad bin Mariman. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Dr Ridzwan bin Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR), Dato' Selamat bin Paigo. Setiausaha MAIM, Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud juga sama luang masa hadir hari ini.
 
Kita mulakan dengan program kayuhan prihatin wakaf :
4 buah masjid dan sebuah minyak serta balai raya sebagai destinasi check point kali ini. Singgah, sembang santai sekejap, santuni asnaf dan sampaikan sumbangan ;
- Masjid As Salimin Kariah Kandang
- Pam minyak Petronas Ayer Molek
- Masjid Al Muzaffar Kariah Tambak Paya
- Balai Raya Kampung Surau Batu Paya Dalam
- Masjid Al Khairiyah Kariah Ayer Molek
- Masjid Al Abrar Kariah Balik Bukit.
 
Ramai peserta sertai pada kali ini, alhamdulillah lebih 600 orang hadir memeriahkan kayuhan dan merai kedatangan YB Menteri. Perjalanan kayuhan sejauh 22 km.
 
Jutaan terima kasih kepada agensi terlibat :
- Yayasan Wakaf Malaysia (YWM)
- Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR)
- Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
- Jawatankuasa masjid
- Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
- SWM Corporation
 
dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Insha Allah semoga program baik ini akan diadakan lagi di masa akan datang.
 
Rasulullah SWT memberi peringatan mengenai kesihatan dengan bersabda : "Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. - Hadis riwayat Bukhari.
 
 
 
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 23 April 2024, 01:40:45.

Total Visitors

003728399

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.