|

Program Acara Saringan Pemilihan Peserta TEMASYA Sukan Anak-anak Yatim Malaysia (SUKYA)

RSUKAN1

RSUKAN2

RSUKAN4

RSUKAN5

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Program Acara Saringan Pemilihan Peserta di Peringkat Negeri Melaka bagi Acara Balapan dan Padang untuk TEMASYA Sukan Anak-anak Yatim Malaysia (SUKYA) Tahun 2026. Bertarikh 26 April 2026 (Ahad), jam 7.30 pagi - 12.30 tengahari bertempat IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Insan MAIM yang melibatkan pelajar daripada Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS), Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah (KAYFAZ), Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM) dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Jasin (PKAYIDJ).

Acara sukan saringan pemilihan ini :-

1- Acara Lumba lari

2- Acara Lompat Jauh

3- Acara Melontar Peluru

Hadir sama Pengurus Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS), Encik Mohd 'Atqullah bin Muhammad, Pengurus Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah (KAYFAZ), Puan Nur Atiqah binti Abd. Karim, Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Encik Amirudin bin MD Sareh dan Pemangku Pengurus Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Jasin (PKAYIDJ).

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru IPG yang terlibat, Cikgu Muhamad Iqbal bin Ismail dan Cikgu Shahrin bin Abidin bersama barisan urusetia terdiri daripada pelatih guru IPG yang banyak membantu sepanjang program ini diadakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua nikmat yang seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia ialah (nikmat) sihat dan waktu lapang”. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

FB:  Program Acara Saringan Pemilihan Peserta TEMASYA Sukan Anak-anak Yatim Malaysia (SUKYA)

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Monday 04 May 2026, 08:44:24.

Total Visitors

004061824

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat