|

Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah dari kalangan keluarga Muallaf bagi sesi persekolahan 2024

 
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Balai Islam telah membuka semula Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah dari kalangan keluarga Muallaf bagi sesi persekolahan 2024.
 
Permohonan yang ditawarkan ini hanyalah kepada Muallaf yang bermastautin di negeri Melaka sahaja serta mempunyai tanggungan yang masih bersekolah bermula dari kemasukan ke Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau sehingga ke sekolah pendidikan khas.
 
Tawaran ini juga hanya merangkumi pakaian sekolah dan kelengkapan persekolahan sahaja serta tiada penukaran kepada wang ringgit diberikan.
 
 
Pemohon boleh membuat permohonan melalui link yang disediakan https://forms.gle/APDmwjv2eEWApEKK8 sehingga ke tarikh tutup iaitu pada 23 Januari 2024.
 
convert islam baju
 
Permohonan yang melepasi syarat sahaja akan dibenarkan mengambil pakaian dan kelengkapan persekolahan yang dijangkakan akan diadakan pada awal Februari 2024 akan datang.
 
Segala keputusan yang dibuat atau selepas tarikh tutup adalah MUKTAMAD dan tertakluk kepada keputusan pengurusan pentadbiran melalui mesyuarat Jawatankuasa Kecil Agihan Bantuan MAIM serta TIADA sebarang medium pemakluman keputusan akan dibuat kepada pemohon.
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 06 June 2024, 00:37:48.

Total Visitors

003749132

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.