


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah (JKS) Parlimen Kota Melaka yang telah dirasmikan oleh ADUN Telok Mas merangkap EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Negeri, YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman.
Seramai 1,685 penerima layak menerima bantuan pakaian sekolah bagi tahun 2026 melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 589,750.00.
Berikut jumlah penerima bantuan JKS bagi Parlimen Kota mengikut DUN :-
- DUN Telok Mas - 558 orang
- DUN Duyong - 335 orang
- DUN Kesidang - 559 orang
- DUN Kota Laksamana - 148 orang
- DUN Banda Hilir - 85 orang
Setiap seorang menerima bantuan berjumlah RM 350.00 yang melayakkan mereka menerima bantuan berbentuk pakaian sekolah, kasut, beg, songkok dan alatan tulis.
Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak asnaf kita, belajar bersungguh-sungguh demi keluarga. Ingatlah adik-adik semua, hanya dengan pendidikan mampu mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik di masa akan datang.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”. - Hadis Riwayat Muslim.
FB: Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah (JKS) Parlimen Kota Melaka



