|

Majlis Lafaz Wakaf Diadakan Di Majlis Agama Islam Melaka

pewakaf3

pewakaf2

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah berlangsung pagi ini Majlis Lafaz Wakaf yang telah diadakan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disaksikan bersama EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Seramai 12 orang pewakaf hadir menyatakan niat untuk mewakafkan tanah mereka dengan pelbagai tujuan yang manfaatnya akan dinikmati umat Islam di negeri Melaka secara amnya. Syukur alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yang diberikan.

Sebagai makluman bersama MAIM merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf di negeri ini. MAIM juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus, mentadbir, dan memantau semua harta wakaf, termasuk menguruskan dana wakaf yang terkumpul untuk manfaat dan pembangunan di negeri ini, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang pentadbiran agama Islam negeri Melaka.

Sama-sama kita berdoa semoga hal ehwal wakaf di negeri Melaka dapat dikembang luas manfaatnya kepada masyarakat Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” - Surah Ali Imran – ayat 92.

FB:  Majlis Lafaz Wakaf Diadakan Di Majlis Agama Islam Melaka

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 17 December 2025, 07:55:24.

Total Visitors

003981731

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.