|

MAJLIS GRADUASI HUFFAZ DAN APRESIASI ULUL ALBAB 2023

 
IM 23 
IM 23i 
IM 23ii 
 
 
Pada 14 Disember 2023, telah berlangsungnya Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Ulul Albab bagi tahun 2023. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan para pelajar tingkatan 5 yang akan menamatkan pembelajaran mereka tidak lama lagi. Di samping itu, majlis turut memberikan penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya khatam hafazan al-Quran 30 juzuk. Selain itu, memberi penganugerahan kepada pelajar terbaik Program Khas Asasi Ulul Albab Tingkatan 1.
 
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di atas kesudian hadir merasmikan majlis pada petang ini. Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri, Sahibus Samahah Datuk Abdul Halim Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg Datuk Badaruddin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka dan Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka. 
 
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih menerima anugerah pada hari ini. Juga, penghargaan buat ibu bapa dan keluarga yang memberi sokongan menjayakan majlis ini.
 
 
 
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 15 October 2024, 13:04:03.

Total Visitors

003805861

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.