|

Kami Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) Ziarah Asnaf dan Sampaikan Alat Baik Pulih kepada Mereka

 TA1

TA2

TA3

 

 Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah

 
Minggu ini kami Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) turun padang laksanakan rutin harian tugasan. Kali ini kami ziarah asnaf dan sampaikan alat baik pulih kepada 3 orang asnaf di negeri ini.
 
Rumah pertama, kami ziarah asnaf, pakcik Rahmat bin Zainuddin di Kg Kandang. Berumur 75 tahun dan pakcik Rahmat menghidap asma yang kronik. Kami terus sumbang mesin oksigen untuk kegunaan harian pakcik Rahmat. Seterusnya kami ziarah makcik Norhayah binti Ahmad di Taman Desa Duyong. Simpati kami melihat keadaan makcik Norhayah yang kini terlantar dan tidak mampu mengurus diri kerana menghidap penyakit darah tinggi yang serius. Kali ini kami bantu sumbang katil boleh laras dan lampin pakai buang. Alhamdulillah selesa dan memudahkan urusan makcik Norhayah seharian dan kami terus ke hujung negeri iaitu rumah makcik Robiah binti Abdul Rasip di Kampung Bukit Senggeh. Makcik Robiah sebelum ini terjatuh di bilik air dan tidak larat untuk mengurus diri. Jadi kami setuju bantu sumbang katil boleh laras dan juga lampin pakai buang.
 
Syukur semua bantuan ini sedikit sebanyak mampu membantu makcik dan pakcik kita ni. Semua waris penerima ucap berbanyak jutaan terima kasih atas bantuan yang diberi. Kami hanya sampaikan hajat dan amanah pembayar zakat negeri ini.
 
Kepada mereka yang memerlukan bantuan alat bantu pulih boleh terus hubungi kami di Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) 06-2868109 untuk maklumat lanjut.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” - Surah al-Ma’idah : ayat 2.
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Monday 06 May 2024, 01:48:01.

Total Visitors

003733858

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.