|

Agihan Zakat Turun Menziarahi Dan Bertanya Khabar Adik Anggun Cempaka

CEMPAKA1

CEMPAKA2

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Adik Anggun Cempaka menghidap penyakit "Hydrocephalus," sejak kecil kini masih dan sentiasa perlu diberi perhatian sepenuhnya. Masih mendapatkan rawatan pakar di Hospital Melaka dan adik Anggun hanya terbaring namun masih mampu tersenyum bila namanya dipanggil.

Ibu adik Anggun, Puan Nur Asyikin binti Jaafar yang juga ibu tunggal hanya mampu mengambil upah membuat kerja lipatan baju yang ditempah oleh pelanggan. Bukan kerana apa, kerana perlu sentiasa berada disisi anaknya yang memerlukan perhatian penuh.

Kami di MAIM melalui Bahagian Agihan Zakat, turun menziarahi dan bertanya khabar keluarga ini dan melihat dengan lebih dekat keperluan harian mereka, sama ada dalam bentuk perubatan, kewangan mahupun alat bantu seperti susu dan sebagainya.

Insha Allah MAIM akan bantu keluarga ini dengan berbentuk bulanan dan dalam waktu memberi ruang pekerjaan bagi menambah pendapatan keluarga ini untuk segala urusan perubatan dan perbelanjaan seharian. Dalam waktu sama kami turut menyampaikan bantuan awal berbentuk wang tunai dan kit makanan kepada keluarga adik Anggun.

Jutaan teima kasih kepada semua pembayar zakat negeri Melaka, yakini usaha dan amanah yang diberikan kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab amanah zakat dengan penuh integriti dan telus.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya." - hadis Riwayat al-Bukhari.

FB:  Agihan Zakat Turun Menziarahi Dan Bertanya Khabar Adik Anggun Cempaka

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 03 June 2026, 08:22:42.

Total Visitors

004077701

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat