
Definisi
Dari segi bahasa - Khairat membawa maksud kebajikan-kebajikan.
Dari segi istilah - Sedekah yang mendekatkan diri kepada Allah swt. Bantuan kewangan yang diberikan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, orang ditimpa musibah atau penyakit dan seumpamanya. Ia tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan ke atas sedekah.
Wang khairat iaitu derma kepada pihak yang memerlukan adalah satu bentuk sedekah. Perkataan derma memberi maksud bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Fuqaha' telah mendefinasikan sedekah atau derma ini sebagai akad yang memberi pemilikan harta kepada pihak lain yang berhajat tanpa timbal balas untuk mendekatkan diri kepada Allah swt dan dibuat secara sukarela.
- Kebenaran pungutan khairat hanya bagi tujuan membina atau membaik pulih masjid, surau, sekolah Islam atau bangunan lain yang seumpamanya.



