
Apakah itu Skuad Sukarelawan Balai Islam (SSBI)?
Skuad Sukarelawan Balai Islam (SSBI) adalah :
- Skuad yang diwujudkan khas bagi membantu Balai Islam dalam menjejaki, menziarahi dan menyantuni asnaf Muallaf di negeri Melaka.
- Ahli skuad terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek dalam menyantuni asnaf Muallaf di negeri ini.
Antara program yang dijalankan oleh skuad ini adalah :
- Memberi bimbingan pengenalan asas fardhu ain dan al-quran kepada Muallaf serta ahli keluarga yang memeluk Islam semasa ziarah
- Memberikan khidmat nasihat
- Agihan bantuan kecemasan
- Pengurusan jenazah dan sebagainya



