|

Ceramah Sempena Memperingati Peristiwa Israk Mikraj : Sebuah Perjalanan Rabbani di Surau Kompleks Darul Huda MAIM

 ISRAK MIK1

ISRAK MIK2

ISRAK MIK3

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah semalam dapat bersama sebahagian saudara baharu muslim kita mendengar ceramah Sempena Memperingati Peristiwa Israk Mikraj : Sebuah Perjalanan Rabbani di Surau Kompleks Darul Huda Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Meneliti, mengamati dan memperingati peristiwa perjalanan Rasulullah SAW yang sangat luar biasa. Berjalan dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) (Israk) dan kemudian dinaikkan ke langit hingga ke Sidratul Muntaha (Mikraj) dalam satu malam, di mana Baginda SAW menerima perintah solat 5 waktu, menjadi simbol kebesaran Allah, pengukuhan iman, dan hubungan hamba dengan Allah SWT.

Ceramah disampaikan oleh penceramah bebas, Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al Jofree, pastinya menambah baik energi keimanan kita mengukuh kepercayaan kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Maha suci zat yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati kawasan sekelilingnya, untuk Kami tunjukkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." - Surah Al-Isra’ ayat 1.

FB:  Ceramah Sempena Memperingati Peristiwa Israk Mikraj : Sebuah Perjalanan Rabbani di Surau Kompleks Darul Huda MAIM

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 31 March 2026, 07:45:49.

Total Visitors

004047475

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat