

Hishamuddin bin MahmodKetua Jabatan
Pegawai Teknologi Maklumat
Pegawai Teknologi Maklumat
Menjadikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) satu jentera pentadbiran yang termoden, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ICT
TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Memastikan maklumbalas aduan dalaman berkaitan ICT diberi dalam tempoh 24 jam bekerja selepas diterima dan menyelesaikan aduan ICT dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja kecuali yang
- melibatkan perolehan alat ganti dan perkhidmatan pembekal luaran.
- Memastikan pembangunan sistem aplikasi baru MAIM merangkumi keperluan pengguna, pengaturcaraan, ujian, latihan dan dokumentasi.
- Berusaha mewujudkan budaya ICT di dalam persekitaran kerja dengan mengadakan kursus ICT sekurang-kurangnya 2 kali setahun kepada kakitangan MAIM.
- Memastikan tahap penyelenggaraan komputer dan peralatan ICT berada dalam keadaan baik dan memuaskan dengan melaksanakan penyelenggaraan sebanyak 2 kali setahun.
- Mengemaskini maklumat di laman web rasmi MAIM dan media elektronik lain dalam tempoh 24 jam selepas permohonan lengkap diterima.
- Menyediakan kemudahan pinjaman peralatan ICT dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima, tertakluk kepada ketersediaan peralatan/perisian tersebut.
PENERBITAN - Buletin Sautul Azim diterbitkan 3 bulan sekali atau 4 kali setahun (Jan-Mac, April-Jun, Julai-September dan Oktober-Disember)
- Mimbar MAIM diterbitkan seminggu sekali sepanjang tahun.
- Laporan Tahunan MAIM diterbitkan setiap tahun.
1. Perancangan & Pengurusan
2. Infrastruktur
3. Perkhidmatan & Sokongan
4. Pengurusan Sistem dan Aplikasi
5. Penerbitan & Promosi
6. Pentadbiran




1. Perancangan & Pengurusan Teknologi Maklumat di MAIM
- Pengurusan dan pemantauan projek IT
- Penyediaan, perancangan dan pemantauan bajet tahunan bahagian.
- Pengurusan Prosedur
- Dasar Keselamatan ICT (DKICT) di MAIM
2. Pengurusan Keperluan Infrastruktur Teknologi Maklumat di MAIM
- Pengurusan sistem rangkaian dan internet.
- Penyediaan pusat data (data centre).
- Pemantauan keselamatan IT.
- Pengurusan Aset, Perkakasan, Perisian, Rangkaian, dan lain-lain yang berkaitan.
3. Penyediaan Perkhidmatan & Sokongan Teknologi Maklumat di MAIM
- Pengurusan pinjaman dan penyediaan peralatan IT.
- Operasi sokongan bantuan dan teknikal kepada kakitangan MAIM.
- Kawalan penyelenggaraan dan pencegahan perkakasan IT.
- Pengurusan maklumat kehadiran kakitangan MAIM.
- Penyediaan input paparan video dan dan maklumat
4. Pengurusan Data, Sistem dan Aplikasi Teknologi Maklumat di MAIM
- Perancangan dan pembangunan sistem dan aplikasi
- Sokongan operasi dan teknikal sistem
- Pengurusan e-mail korporat MAIM
- Pengemaskinian maklumat laman web korporat, Twitter dan Facebook MAIM
- Pengurusan data backup bagi sistem-sistem di MAIM.
5. Pengurusan Aktiviti Pencetakan, Penerbitan dan Promosi di MAIM
- Penerbitan bahan bercetak & media elektronik
- Menyelaras gambar & video aktiviti MAIM
- Pengiklanan, promosi dan pameran
- Editorial dan suntingan
- Rekabentuk Grafik & multimedia
6. Pengurusan Pentadbiran Bagi Bahagian Teknologi Maklumat
- Pengurusan pentadbiran am berkaitan Bahagian Teknologi Maklumat.
- Pengurusan fail, dokumen, surat dan memo bahagian.
- Penyediaan dan pemantauan perolehan IT.
- Pengurusan inventori dan perkakasan IT.
- Pengurusan pinjaman komputer kakitangan MAIM.



