|

Sambutan Bulan Kesejahteraan Kesihatan Sempena Hari Kesihatan Dunia dan Hari Integriti Nasional 2026 Peringkat Majlis Agama Islam Melaka

 
 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Sihat.
Jom semarakkan Sambutan Bulan Kesejahteraan Kesihatan Sempena Hari Kesihatan Dunia dan Hari Integriti Nasional 2026 Peringkat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Bulan sihat kat MAIM kita teruskan.
Minggu ni semua staf MAIM layan aktiviti "Step Challenge" 15 ribu langkah dalam tempoh 3 hari.
 
Yang muda yang berusia kekal join step challenge. Bukan nak tunjuk hebat, bukan nak tunjuk kasut sukan siapa paling mahal cukup untuk kita sihat.
 
Dan pagi ni kita sambung dengan aktiviti "Colouring & Art Therapy" atau orang kampung kata main corak-corak dan menyusun manik (DIY Pearler Beads). Seronok dan menenangkan. Aktviti ini perlukan kesabaran, tumpuan dan fokus yang amat tinggi serta ketenangan dalam mencipta sesuatu keputusan, yang pasti keputusan dibuat untuk kebaikan bukan untuk menyulitkan. 
 
Alhamdulillah sambutan sangat-sangat menggalakkan daripada staf MAIM, menang kalah bukan ukuran tapi semangat KEBERSAMAAN dan KEKITAAN itu yang penting.
 
Steady staff MAIM sambut cabaran untuk sihat minda dan fizikal. Sukan, sukan juga tapi kesihatan mental kena maintain juga kan. Ambil masa dalam 10 minit luang masa mewarna nengikut acuan dan idea mereka. Tak lama pun masa nak guna, cukup 10 minit kita rasa lega hanya dengan main warna-warna panel board.
 
Bukan kosong moral yang ada. Hayati dan fahami dengan penuh jiwa. Sihat minda sihat lah tenaga dan hasil kerja. setiap tugasan dan tanggungjawab hendaklah ADA JIWA.
 
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 20 October 2026, 03:19:55.

Total Visitors

004175412

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat