|

Program Kem Perkasa Rehlah Keluarga Ghufran Tahun 2026

 
 
 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Program Kem Perkasa Rehlah Keluarga Ghufran Tahun 2026 bersama Penghuni Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS) MAIM dan Kompleks Anak Yatim/Miskin Fatimah Az-Zaharah (KAYFAZ) MAIM, 20 September 2026 (Ahad) pukul 1.00 petang bertempat di Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS) MAIM, Pantai Puteri Melaka. 
 
Hadir sama Pengurus Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS) MAIM, Encik Mohd ‘Atqullah bin Muhammad bersama Pengurus KAYFAZ MAIM, Puan Nur Atiqah binti Abd Karim. Alhamdulillah, seramai 106 orang ahli rombongan keluarga Ghufran dari negara Singapura telah hadir dan menyantuni anak-anak yatim ini dengan penuh kasih sayang.
 
Turut disampaikan sumbangan wang tunai kepada anak-anak rumah anak yatim ini. Semoga segala kebaikan dan usaha murni ini menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
 
Rasulullah SAW bersabda dalam mafhumnya : “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. -Hadis Riwayat Muslim
 
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Friday 16 October 2026, 07:23:34.

Total Visitors

004172646

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat