|

Program Bengkel Pengukuhan Akidah Saudara Muslim Dengan Kerjasama Pasukan Rejimen 21 Komando

 
 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah dapat meraikan dan menjayakan Program Bengkel Pengukuhan Akidah Saudara Muslim dengan Kerjasama Pasukan Rejimen 21 Komando selama dua (2) hari bermula 20 hingga 21 Oktober 2026. Program anjuran Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ini telah diadakan Masjid As Syuhada, Kem Terendak dan menempatkan seramai 20 orang peserta terdiri daripada anggota tentera yang masih berkhidmat di Kem Sungai Udang.
 
Objektif utama program pastinya memberi lebih pemahaman dan pengukuhan akidah dalam kalangan anggota tentera berkenaan. Dan paling penting bagi mengelak berlakunya kekeliruan dalam beragama lebih-lebih dalam situasi sekarang yang sangat mencabar.
 
Hadir merasmikan program ini Pegawai Pelaksana Pasukan Rejimen 21 Komando, Leftenen Kolonel Muhammad Zulzaidel bersama barisan urusetia MAIM. Sama-sama kita berdoa semoga ketetapan iman kita sentiasa kukuh dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.
 
Rukun Iman :
- Beriman kepada Allah SWT
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada kitab-kitab
- Beriman kepada Rasul
- Beriman kepada Hari Kiamat
- Beriman kepada Qada' dan Qadar
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Saturday 28 November 2026, 09:55:56.

Total Visitors

004191193

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat