|

Meninjau Keadaan Premis Wakaf Milik Majlis Agama Islam Melaka Di Sekitar Jonker Walk

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Hari ini meninjau dan melihat keadaan premis wakaf milik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sekitar Jonker Walk khususnya di Jalan Hang Kasturi. Turun bersama hari ini Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Hadir sama Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Encik Yong Fun Juan.

Memastikan premis sedia ada ini dapat memberi manfaat sewaan kepada mereka yang berminat kerana kedudukan yang sangat strategik terletak di tengah pusat pelancongan negeri ini khususnya persekitaran persiaran Jonker Walk. Sebagai makluman bersama MAIM merupakan pemegang amanah wakaf premis yang terdapat di sekitar Banda Hilir.
 
Sebanyak 32 unit premis wakaf milik MAIM di kawasan berkenaan yang mana 4 unit premis terletak di bawah Wakaf Khas Kampung Hulu dan 28 unit lagi di bawah Wakaf Khas Kampung Keling. Sehingga kini sebanyak 25 unit premis telah berjaya disewakan yang mana manfaat hasil sewaan berkenaan akan disalurkan untuk membiayai kebajikan masyarakat dan pembangunan ekonomi umat Islam di negeri ini. 
Hasil berkenaan turut akan digunakan untuk kos pembaikan, naik taraf premis serta pengurusan hartanah wakaf agar sentiasa lebih lestari.
 
Jutaan terima kasih kepada seluruh pewakaf di negeri ini.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” - Surah Ali Imran – ayat 92.
 

 

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 17 September 2026, 03:37:28.

Total Visitors

004156783

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat