|

Majlis Ramah Mesra TYT Melaka Bersama Mahasiswa Anak Melaka Di Jordan

 
 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Majlis Ramah Mesra TYT Melaka Bersama Mahasiswa Anak Melaka Di Jordan. Alhamdulillah Mahasiswa Anak Melaka Jordan berbesar hati menerima kunjungan dan santunan daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam baru-baru ini.
 
Majlis ringkas namun penuh bermakna ini disambut dengan penuh mesra, Duta Malaysia ke Jordan, YBhg. Dato’ Muhammad Nasri Abdul Rahman. Bersama hadir Pegawai Atase Pendidikan Melaka, En Muhammad Hafizi bin Ab Kadir serta barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Jordan (IMAMJ).
 
Pertemuan penuh kemesraan dan santai ini dititip bersama dengan amanat yang disampaikan oleh Tun Seri Setia dengan memberi kata-kata semangat untuk terus tabah dan berjaya menamatkan pengajian dengan penuh kejayaan yang amat cemerlang. Semoga pertemuan ini bukan satu pengakhiran, namun sebagai permulaan menjadi insan yang mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara khususnya di negeri Melaka tercinta.
 
Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati kenangan sebagai tanda penghargaan dan simbolik eratnya hubungan antara kepimpinan dan mahasiswa Anak Melaka di Jordan.
 
"Jauh di perantauan, Melaka tetap di hati. Menuntut ilmu hari ini, berbakti untuk negeri suatu hari nanti."
 
 
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 17 September 2026, 03:37:28.

Total Visitors

004156783

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat