|

Majlis Pelepasan Pelajar Timur Tengah (Mesir & Jordan) bagi Tahun 2026

 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah. 
 
Majlis Pelepasan Pelajar Timur Tengah (Mesir & Jordan) bagi Tahun 2026, 4 September 2026 (Jumaat); 4.00 petang bertempat di Lobi Utama MAIM, Pusat Islam Melaka anjuran Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara Negeri Melaka (S-PLAN).
 
Majlis ini disempurnakan oleh EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman bersama Setiausaha MAIM, YBrs. Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad. Turut hadir Timbalan Mufti Negeri Melaka, Sahibus Samahah Ustaz Ehsan bin Mohd Hosni.
 
Seramai 35 orang pelajar diraikan pada hari ini yang mana 32 orang pelajar akan melanjutkan pengajian di negara Mesir dan 3 orang pelajar pula akan meneruskan pengajian di negara Jordan. Semoga mereka berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dan seterusnya berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta.
 
Rasulullah SAW bersabda dalam mafhumnya : "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. -Hadis Riwayat Muslim (4867)
 
 
 
 

 

 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 17 September 2026, 03:37:28.

Total Visitors

004156783

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat