

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Petang tadi kami Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah dapat bersama EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman jengah asnaf kita, pakcik Mohd Noor bin Mohd Yusof di Kampung Hulu. Turut juga luangkan masa tadi Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.
Kita tanya khabar, lepas tu borak-borak santai sambil gelak ketawa hiburkan hati asnaf. Kita datang bukan setakat nak tengok keadaan pakcik Mohd Noor tapi nak pastikan kalau ada lagi bantuan lain yang diperlukan seperti menyewa sebuah rumah kecil dan alhamdullillah sewaan dibayar oleh pihak MAIM.
En. Mohd Noor pun tak berapa sihat sebab ada penyakit kencing manis kronik, sebelah kaki dah dipotong dan sebelah lagi juga keadaan kaki dah mula tak kuat. Jadi kami datang pastikan bantuan bulanan dan bayaran sewa rumah, MAIM urus sepenuhnya. Sumbangan duit dan kit makanan pun kita sampaikan tadi. Sama-samalah kita doakan pakcik Mohd Noor diberi kekuatan dan ketabahan dalam kehidupan



