|

SAZ Cawangan Melaka Tengah Menyantuni Asnaf

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hari penuh barakah ini dapat menyantuni Encik Hamdan bin Hashim di Kampung Morten. Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah diketuai Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Encik Norazmi bin Hussin turun bersama bertanya khabar dan mendengar permasalahan penyakit yang dihidapi Encik Hamdan.
 
Kini mata beliau tidak mampu melihat dan kabur yang kronik kerana menghidap penyakit Steven Hohnson Syndrome. Masih mendapatkan rawatan dan akan menjalani pembedahan susulan di hospital yang mana ianya memerlukan kos yang tinggi.
 
MAIM hadir dan akan membantu memastikan kos pembedahan dan rawatan berkenaan dan dalam waktu yang sama memastikan bantuan susulan secara bulanan diperhalusi sebaiknya. Kini beliau bersama isteri masih berusaha dengan bekerja di kedai makan dan membuat jualan dekorasi hiasan majlis kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.
 
Masih tinggal bersama nenek beliau yang agak uzur dan semangat ingin berusaha dan bekerja amat-amat kami hormati, bukan mudah untuk mencari rezeki dalam keadaan kesihatan penglihatan mata yang terbatas. 
 
Insha Allah bantuan ini akan disegerakan dan sama-sama kita doakan kesihatan mata Encik Hamdan bertambah baik dan beliau mampu melihat seperti sediakala.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami akan menguji kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, nyawa (penyakit) dan kekurangan hasil mahsul bumi. Beruntunglah bagi mereka yang sabar atas segala dugaan itu." -Surah al-Baqarah, ayat 155.
 
 
 
 
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 07 Oktober 2026, 07:19:25.

Jumlah Pelawat

004166378
MOD_JSVISIT_COUNTER_TODAY: 457
MOD_JSVISIT_COUNTER_YESTERDAY: 550
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_WEEK: 1,637
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_MONTH: 3,734
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_YEAR: 175,824

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat