


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah minggu ini dapat bersama keluarga asnaf pada Program Seminar Membina Keluarga Rahmah Daerah Alor Gajah (MEKAR). Bertempat di Masjid Rantau Panjang, Taboh Naning kita sediakan pelbagai aktiviti kekeluargaan antaranya ceramah keluarga bahagia, permainan kanak-kanak, pertandingan mewarna dan pasar pakaian percuma.
Seronok melihat 130 orang peserta terdiri daripada asnaf kita dan keluarga mereka hadir memberi sokongan program yang amat baik ini. Menyemai sifat kasih sayang dalam keluarga dan mengenal pasti keboleh percayaan diri dalam kehidupan. Juga memastikan sentiasa bersyukur dan pendidikan masa depan anak-anak mereka lebih berdaya saing dalam dunia yang semakin mencabar kini.
Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap ADUN Taboh Naning. Turut hadir Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.” - Surah Ibrahim ayat - 7.



