


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Program Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1448H/2026M: Ceramah Perdana & Pertandingan Sirah bertarikh 19 Ogos 2026 (Rabu), 8.00 malam bertempat di Masjid Salmah Khamis, Durian Daun, Masjid Tanah Melaka bersama Penceramah Jemputan, Ustaz Elyas bin Ismail.
Dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YBrs. Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohammed Yusoff. Seramai 60 orang pelajar daripada tiga buah rumah anak yatim, iaitu program ini dianjurkan oleh Rumah Anak-anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS), Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) dan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka (IMTIYAZ) dan Lembaga Pengurusan dan Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM).
Pemenang Pertandingan Sirah Maulidur Rasul :
Kategori Video Pendek :
Johan : Adam Mikail bin Abdullah - Pelajar Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS)
Naib Johan : Nor Shafina Afissha binti Muhammad Shafiq - Pelajar Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ)
Tempat Ketiga : Muhammad Harizuddin bin Mohd Saliheen - Pelajar Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS)
Kategori Kuiz :-
Johan : Nurain Fatihah binti Ahmad Zamri - Pelajar Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ)
Naib Johan : Syadiyah Insyirah binti Saiful Adlan - Pelajar Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ)
Tempat Ketiga : Nur Allya Alleysa binti Abdul Shahid - Pelajar Lembaga Pengurusan dan Kebajikan Anak Yatim Miskin (KAYFAZ)
Kategori Poster Digital :-
Johan : Nur Arfah Adha binti Abdullah - Pelajar Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ)
Naib Johan : Nur Alyssan Afhzan binti Afhanizam - Pelajar Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ)
Tempat Ketiga : Nur Natasha Ainna binti Muhammad Lazi - Pelajar Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ)
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” -(Surah al-Ahzab: ayat 56)



