


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Hari ini telah berlangsung Program Himpunan BITARA (Belia Inovatif Tunas Revolusi Asnaf) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bertempat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru. Seramai 84 orang peserta terdiri daripada anak-anak asnaf yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh Malaysia.
Dapat bersama mereka berkumpul dan berinteraksi merancang dan mengharmonikan hala tuju mahupun tatacara program BITARA ini. Program ini berpotensi menjadi wadah terbaik untuk mengenal pasti keperluan mereka serta membimbing perkembangan diri dan menyediakan peluang lebih luas untuk mereka membina kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.
Program ini diadakan dengan kerjasama Zakat Melaka (ZM), Multimedia University Melaka (MMU) dan Masjid Al Ehsan, Bukit Baru. Hadir merasmikan program Dekan, Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka merangkap Ketua Kluster Pendidikan dan Kerjaya, Badan Sukarelawan Al-Taqwa serta Ahli Jawatankuasa Pemandu PINTAS MAIM, Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Fani bin Sulaima.
Semoga adik-adik BITARA ini mampu merealisasikan amanah yang diberi dan menjadi insan yang cemerlang dalam membentuk kehidupan yang lebih di dalam dunia yang semakin mencabar ini.
Allah SWT berfirman mafhumnya : “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami” - Surah al-Furqan ayat 74.



