


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Hari ini Bahagian Wakaf dan Mal, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menerima perwakafan tanah yang terletak di atas lot 33 GMM 29, Mukim Beringin, Alor Gajah Melaka. Perwakafan tanah ini telah disempurnakan oleh Encik Mohari bin Moharal sambil disaksikan bersama Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf dan Mal, Encik Rizalman bin Syed.
Semoga perwakafan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta menjadi amal jariah yang berkekalan kepada pewakaf.



