






Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT NEGERI MELAKA.
Alhamdulillah pada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun, umat Islam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersempena bulan Maulid atau lebih difahami dengan Bulan Sambutan Maulidur Rasul 1448H, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut menyertai dalam menghadiri Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Negeri Melaka.
Majlis disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Turut meraikan dan memeriahkan majlis ini Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman dan dif-dif kehormat negeri yang pastinya menyemarak rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW serta menjadi wadah untuk menghayati dan mencontohi sunnah, akhlak serta kepimpinan Baginda dalam kehidupan seharian.
Mengetuai kontinjen MAIM Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya pada diri Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik teladan dan ikutan bagi insan yang mengharapkan keredhaan Allah SWT dan kebahagian di akhirat" - Surah al-Ahzab, ayat 21.



