



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Majlis Semarak Cinta Rasul Mualaf Berselawat Negeri Melaka Tahun 2026/1448 bertarikh 16 September 2026, 8.00 malam bertempat Surau Kompleks Darul Huda Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Seramai 200 orang yang terdiri daripada saudara baharu muslim mualaf hadir bersama pada majlis berselawat ini.
Majlis tausiah telah disampaikan oleh Habib Abdurrahman bin Ja'afar Al-Attas bersama Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari. Turut diadakan bacaan Maulid Ad Diba'i dan alunan qasidah yang dipimpin oleh kumpulan Ahbabul Mujtaba. Hadir sama Setiausaha MAIM, YBrs. Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad dan Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir bin Wahab.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya sentiasa berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman! berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” - Surah al-Ahzab : 56



