


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berbesar hati mengucapkan syabas dan sekalung tahniah kepada graduan pelajar anak Melaka Mesir yang telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun ini dengan penuh cemerlang dan gemilang.
Mereka telah diraikan pada Majlis Apresisasi & Kecemerlangan Anak Melaka Mesir 2026 yang telah diadakan baru-baru ini di bumi Mesir. MAIM turut meraikan pelajar cemerlang yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam bidang pengajian mereka dan majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengarah Education Malaysia Egypt, Ybhg. Dato' Shamsul Najmi bin Haji Shamsuddin bersama Atase Pendidikan Negeri Melaka, Ybrs. Ustaz Muhammad Hafizi bin Ab Kadir.
Semoga segala ilmu, kemahiran, dan pengalaman yang ditimba menjadi suntikan semangat berharga untuk menabur bakti kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta. Selamat melangkah ke fasa baharu dalam dunia profesional.



