

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Kunjung Hormat Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (JPBNS) ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), bertarikh 20 Julai 2026 (Isnin) 3.00 petang bertempat Bilik Mesyuarat Utama MAIM Aras 3, Pusat Islam. Delegasi berkenaan diketuai oleh Peguam Kanan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (JPBNS), YBrs. Tuan Hisyamudin bin Roslan dan disambut mesra oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka, YBrs. Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad.
Turut hadir Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM), YBhg. YAA Tuan Haji Azzeman bin Haji Omar, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. S.S Ustaz Ehsan bin Mohd Hosni dan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPSNM), YBrs. Tuan Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad serta Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Puan Noorhafizah binti Ibrahim.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Puan Zaharah binti Abas dan Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIM, Puan Nor Fahmyza binti Termizi. Kunjungan hormat ini diadakan bagi berkongsi pandangan berkaitan amalan, prosedur dan kerangka perundangan yang dilaksanakan di negeri ini khususnya melibatkan pengurusan kes murtad sebagai penanda aras kepada Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua anak Adam itu melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.” -Hadis Riwayat Ibn Majah



