

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Delegasi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diketuai Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad mengadakan kunjung hormat ke ibu pejabat Kastam DiRaja Malaysia Melaka (KDRM).
Menyambut mesra kehadiran delegasi MAIM Pengarah KASTAM Negeri Melaka, Ybrs. Tuan Roslan bin Yusoff bersama barisan pegawai.
Kunjungan ini memberi peluang dan ruang kepada kedua-dua agensi ini mengembang luas kerjasama strategik bersama agensi kerajaaan dalam negeri Melaka dalam usaha memperkukuh peluang kerjasama baharu di masa akan datang.
Hadir sama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis, Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohammed Yusoff dan Penolong Setiausaha Bahagian Pentadbiran MAIM, Puan Joriza binti Jauhari.



