|

Ceramah Baitulmal Sempena Program WRUR DUN Tanjung Bidara

 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Ceramah Baitulmal bertempat di Surau Al Hikmah, Taman Bidara Jaya Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjung Bidara. Ceramah disampaikan oleh Ketua Unit Hasil Wakaf MAIM, Ustaz Mohd Ataillah bin Zakariah.
 
Tajuk utama pastinya perkhidmatan baitulmal yang disediakan MAIM yang mana ianya memberi manfaat pahala kepada masyarakat Islam di negeri ini. Kehadiran Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh menyerikan lagi program ceramah hari ini. Jemaah turut solat maghrib dan isyak bersama dan turut disampaikan sumbangan sekampit beras daripada YAB Ketua Menteri.
 
Alhamdulillah dapat bersama Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjung Bidara Ceramah Baitulmal kali ke 2, yang disampaikan oleh penceramah jemputan kita yang juga ikon Wakaf MAIM, Al Fadhil Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Amin) bertempat di Masjid As Salam, Kampung Air Hitam Darat. 
 
Turut hadir Ketua Menteri Melaka merangkap ADUN Tanjung Bidara, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh bersama EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman. 
 
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama jemaah yang hadir mendengar dan meneliti isi ceramah yang disampaikan khususnya berkaitan manfaat dan keutamaan berwakaf. 
 
Allah SWT berfirman mafhumnya :
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." -Surah Ali Imran ayat 92.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik teladan dan ikutan bagi insan yang mengharapkan keredhaan Allah SWT dan kebahagian di akhirat" - Surah al-Ahzab, ayat 21.
 
 
 
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Khamis 17 September 2026, 03:37:28.

Jumlah Pelawat

004155672
MOD_JSVISIT_COUNTER_TODAY: 308
MOD_JSVISIT_COUNTER_YESTERDAY: 369
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_WEEK: 1,733
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_MONTH: 8,313
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_YEAR: 165,118

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat