


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah pada hari ini Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Wakaf Dan Mal telah menyampaikan sumbangan wakaf pendidikan berupa sebuah set komputer kepada empat (4) buah Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM di sekitar Daerah Jasin dan Daerah Melaka Tengah.
Sumbangan telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed. Sebuah komputer meja disediakan hasil daripada dana wakaf pendidikan yang telah terkumpul melalui potongan gaji yang mana ianya diagih kepada beberapa buah SRA JAIM terpilih bagi manfaat serta kegunaan harian guru dan murid.
Penerima manfaat wakaf pendidikan :
- SRA JAIM Sungai Rambai
- SRA JAIM Pulai 2
- SRA JAIM Tehel 2
- SRA JAIM Seri Duyong
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” - Surah Ali Imran – ayat 92.



