|

Penandaan Arah Kiblat

Image

DEFINISI : 

Menghadap ke arah Kiblat, bermaksud tubuh badan seseorang menghadap ke arah Kaabah yang terletak di Makkatul Mukarramah.

Kiblat merupakan arah hadap umat Islam untuk menyempurnakan ibadat tertentu seperti solat, ketika tawaf  dan lain-lain ibadat. 

DALIL :

Al-Quran 

Maksudnya :  

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah) dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

(Surah al-Baqarah : ayat 149)

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a :

Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a berkata sabda Rasulullah s.a.w 

"Di antara Masyrik dan Magrib terletak Kiblat"

Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibni Majah. Maksud Hadith : Rasulullah s.a.w telah memberi pendekatan dan penekanan arah letaknya Kiblat itu di antara Masyrik (matahari terbit) dan Maqrib (matahari terbenam). Bagi mereka yang berada di Masyrik dan di Maqrib, Kiblatnya tidak ke arah utara atau ke selatan. Sekurang-kurangnya mereka dari Masyrik (timur), Kiblat mereka adalah kearah barat dan mereka dari Maqhrib (barat), Kiblat mereka adalah ke arah timur. 

Latar Belakang

Perkhidmatan Pengurusan Arah Kiblat Negeri Melaka telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Mufti Negeri Melaka yang melibatkan penyemakan, penentuan dan pengesanan arah kiblat bagi pembinaan masjid/surau baharu, semakan semula tanah perkuburan Islam, bilik-bilik hotel/hostel dan surau di dalam premis kerajaan atau swasta.

Perkhidmatan ini telah dipersijilkan dengan sijil MS ISO 9001:2008 semenjak dari Jun 2010 dan kerja-kerja penyemakan, penentuan dan pengesahan arah kiblat dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. 

Alatan yang digunakan dinamakan sebagai "Qiblatain" telah melakar sejarah dengan anugerah inovasi Ekspo Inovasi Islam kali ke 6 2015 (I-Inova 2015) pada November lalu di Universiti Sains Islam (USIM) Negeri Sembilan. 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 16 Julai 2024, 09:34:29.

Jumlah Pelawat

003765340

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi