|

Seksyen Mal MAIM Menyampaikan Sumbangan 2 Buah Mesin Monitor Biolight di Klinik Kesihatan Pengkalan Balak dan Klinik Kesihatan Sempang Bekoh

MD3

MD1

MD2

MD4

 

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
 
Alhamdulillah hari ini Seksyen Mal MAIM menyampaikan sumbangan 2 buah mesin monitor biolight di 2 buah klinik kesihatan negeri ini. Klinik Kesihatan Pengkalan Balak dan Klinik Kesihatan Sempang Bekoh menerima sebuah mesin tersebut untuk kegunaan pesakit dan pengunjung yang datang ke klinik berkenaan.
 
Majlis penyampaian di KK Pengkalan Balak disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan serahan di KK Sempang Bekoh dihadiri Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim.
 
Mesin monitor biolight itu merupakan sumbangan dari dana Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM) yang diurus sepenuhnya oleh pihak MAIM. Untuk rekod, MAIM telah menyumbang kerusi berangkai dan kerusi batu kepada beberapa buah klinik kesihatan dan sekolah terpilih.  Juga serahan komputer meja kepada beberapa buah SRA JAIM bagi kegunaan guru-guru dan pelajar.
 
Dan insha Allah MAIM melalui Seksyen MAL akan terus membantu agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan maslahat umat Islam di negeri ini dikongsi bersama.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.” - Riwayat Muslim
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 30 April 2024, 04:33:23.

Jumlah Pelawat

003729975

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN