|

SAZ MAIM Bersama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM Turun Padang Menyantuni Asnaf

 ken1

ken2

ken4

  

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Semalam kami Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah (SAZ MAIM) bersama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed sama-sama turun padang santuni adik Naira Mahdeeya binti Nor Afratsim berumur 10 tahun dan ke rumah asnaf Mohd Kahiril bin Ahmad Rimi yang mana isterinya kini menghidap kanser pangkal rahim tahap 4.
 
Adik Naira ni menghidap penyakit Malformasi Arterio Vena (AVM) sejak Ogos tahun ini dan akan menjalani pembedahan pada bulan November di Hospital Sungai Buloh. Dimaklumkan juga, tempurung adik ni perlu dibuang bagi mengelak penyakit ni ini lebih serius.
 
Seterusnya SAZ MAIM melawat ke rumah asnaf Mohd Kahiril bin Ahmad Rimi yang mana isterinya kini menghidap kanser pangkal rahim tahap 4. Beliau masih menjalani rawatan di Hospital Melaka dan kini masih mendapat rawatan ubat di hospital sama dan kos ubat juga amat tinggi.
 
Sangat sedih dan simpati melihat keadaan adik Naira, semoga En Mohd Kahiril dan isteri,  adik Naira serta ibubapanya dapat mengharungi penyakit ini bersama-sama dengan redho dan ikhlas. Insha Allah bantuan MAIM berupa bantuan sakit kronik, sakit terlantar dan makanan bulanan akan disegerakan.
  
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. - surah al-Mujadalah ayat 11.
 
 
 

 

 

 

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003728212

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN