Assalamualaikum dan Salam Ramadan
Alhamdulillah 5 Ramadan, kali ni kita santuni pelajar di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Alor Gajah. 300 pek kit juadah berbuka puasa kita sediakan untuk mereka menu istimewa hari ini nasi kerabu ayam bakar, seusai solat Asar, terus kita agih dan edar pada mereka semua.
Muka ada senyum, hepi dan rasa bersyukur yang amat sangat. Program ni adalah lanjutan Program Ihya' Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) anjuran Bahagian Pembangunan Insan MAIM.
Sama-sama luang masa jenguk mereka Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIM, Ustaz Muhammad Azizol bin Muhammad Sahimi bersama Pegawai Psikologi ADTEC Melaka, Encik Mohamad Aizat bin Shamsudin dan Pegawai Agihan Zakat Cawangan Masjid Tanah, Puan Siti Nadirah binti Ismail.
Rezeki adik-adik kita belajar rajin-rajin, nanti nak raya jangan lupa balik kampung jumpa ibu ayah keluarga ada kelapangan sambut puasa bersama hargai nikmati sementara mereka masih ada.
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” - hadis Riwayat al-Bukhari.
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."
FB: Santuni Pelajar di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Alor Gajah