


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah 10 buah keluarga asnaf mualaf dan miskin dapat kita santuni hari ini di DUN Ayer Molek bersama EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman.
Bukan sahaja ziarah malah kami Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan kepada mereka.
Dalam ziarah ini juga kita melihat dengan lebih dekat keadaan kesihatan asnaf dan dalam waktu yang sama kita memastikan kecukupan mereka dapat kita tunaikan melalui bantuan yang sedia ada mahupun yang ditambah baik demi kebajikan kehidupan mereka.
Hadir sama Pegawai Tugas Khas MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Juga sama turun padang Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Encik Norazmi bin Hussin bersama Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ).
Selain wang tunai dan kit makanan kita juga sampaikan bantuan lampin pakai buang dan susu kesihatan.
Insha Allah kita di MAIM akan sentiasa cakna kebajikan asnaf khususnya asnaf fakir, miskin dan mualaf secara amnya.



